Powered by Bravenet Bravenet Blog

saya dan family..keluarga bahagia

journal photo

Tag Board

hazlin: akum apa kbar.kepada en noor semoga terus maju
Sophia: Jadikan tahun 2008 sebagai tahun terbaik untuk melakar kejayaan cemerlang. Terus lakukan SDA. Moga kejayaan milik kita bersama. Amin.
Normala: Encik Noor, teruskan usaha dan kita lakukan sama-sama!
Normala: Salam Aidil Fitri untuk saudara sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Noor seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
Sophia: Selamat menjalani ibadah puasa buat En. Noor seisi keluarga. Moga Allah mengurniakan kita semua rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka pada bulan yang mulia ini. Amin.
Sophia: Tahniah atas usaha yang berterusan dan penuh komitmen. Keep it up and you will succeed!
Normala: Encik Nor, teruskan usaha, insyaAllah kejayaan milik kita!
Sophia: Tahniah En. Noor! Saya yakin dengan KOMITMEN yang ditunjukkan, En. Noor akan bergelar JUTAWAN MLM juga nanti!
ain norain: congratulation freinds,Teruskan segala usaha anda.Insyaalllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Segalanya bermula dari nawaitu kita. Semoga suksess dan dilimpahi rezeki yang diberkati dan menjadi USAHAWAN SEJATI. AMIN.
Sophia: En. Noor, berkat kegigihan dan usaha yang berterusan, kejayaan pasti dalam genggaman! JUST DO IT!
Normala: Sdr Mohammad Nor, teruskan promosi & ikuti sistem SST dgn betul. Duplikasi kpd rangkain. Kejayaan demi kejayaan akan muncul. Your Mentor, Pn Sophia dll leader SST sedia berkongsi pengalaman. InsyaAllah, kejayaan milik yg berusaha!
SPD Zul: En Mohammad Nor website anda telah siap www.mohammad.usahawansejati.com moga anda menjadi seorang usahawan sejati. Just follow the sistem. Good Luck
Sophia: Tahniah En. Noor kerana telah berjaya melahirkan blog sendiri! InsyaAllah ini merupakan titik permulaan dalam mencapai impian menjadi USAHAWAN SEJATI!

Please type in the four characters shown in the black box.

Sunday, August 12th 2007

21:22:34

  • Mood: alhamdulillah baik sangat
  • Music:

assalamualaikum

Di sini saya ingin merakam jutaan tahniah kepada pihak syarikat (Smartnaco Sdn Bhd) kerana berjaya mengadakan Konvensyen Naco 2007 yang bertempat di Palace of The Golden Horses semalam.Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut.Anda harus berbangga di atas komitmen yang telah anda tunjukkan.Secara tidak langsung meggambarkan keyakinan dan kesungguhan anda untuk berjaya di dalam biz ini.

Inilah kali pertama kali saya menghadiri program seumpama ini.Inilah juga pengalaman saya yang pertama memasuki Hotel yang bertaraf entah berapa bintang agaknya 6 ke 7 bintang kot hehehehe .Berbagai perasaan menyelinap di dalam diri saya ini..rasa takut pun ada  rasa gementar pun ada dan seronok pun ada maklumlah pertama kali menjejakkkan kaki tempat yang high class.Saya sampai agak awal lebih kurang hampir pukul satu tengah hari..sementara menunggu kedatangan unpline saya Pn Spohia dan mengambil kesempatan melihat keadaan sekeliling hotel tersebut.Kata orang dah alang-alang datang apa lagi tawaf lah kan hehehe.. lagi pun bukan senang nak datang lagi ke tempat yang high class macam ni ...

 

Bercerita pula tentang program,saya merasakan sungguh bertuah kerana di dalam program ini saya dapat mendengar pengalaman dari SPD dan PD yang rela hati berkongsi dengan para hadirin.Saya  merasakan rahsia kejayaan mereka adalah amat berguna dan mejadi perangsang bagi saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan.Saya juga ingin merakam sekalung tahniah buat SPD dan PD yang telah berjaya meraih anugerah dari pihak syarikat.InsyaAllah saya juga mengharapkan suatu hari nanti saya juga akan menjadi seperti mereka dan berharap akan tiba pula masa bagi menaikki pentas untuk menerima angerah.aamiiinnn

Di dalam majilis itu saya juga mengharapkan untuk dapat hadiah cabutan bertuah.Saya juga pernah berseloroh dengan isteri saya bahawa saya akan pulang dengan motor baru hehehe..dan saya katakan bahawa motor tersebut adalah milik saya hikhikhik.Tetapi semuanya adalah ketentuan Allah dan saya pasrah.walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana walaupun pulang dengan tangan kosong saya tetap memperolehi sesuatu yagn lebih berharga dari itu.

Saya terpaksa mengundurkan diri dulu sebab dah lapar perut..member pula tak sabar nak makan sama hehehehe jumpa lagi

 

 

 

0 comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see